Suspek perlombongan haram mati dalam tahanan SPRM


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki itu adalah antara tiga yang ditahan kerana didakwa melakukan jenayah di Raub, Pahang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2023.

SEORANG suspek yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan aktiviti perlombongan haram dan pengubahan wang haram meninggal dunia hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki itu adalah antara tiga yang ditahan kerana didakwa melakukan jenayah itu di Raub, Pahang.

“Pada pagi ini pegawai kami mendapati lelaki ini tidak sihat dan segera membawanya ke hospital. Lelaki ini meninggal dunia ketika dirawat di hospital,” katanya.

Beliau menambah pegawai penyiasat akan memberikan rakaman CCTV dan kenyataan mereka kepada polis.

Azam juga memberi jaminan SPRM akan bekerjasama penuh dengan polis yang menyiasat kejadian itu.

Kegiatan haram suspek dilaporkan menyebabkan kerajaan negeri Pahang kerugian RM4.7 juta. – 15 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen