Perubahan fi perubatan tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya, kata menteri


Perubahan struktur fi perkhidmatan kesihatan awam tidak akan dilaksanakan sewenang-wenangnya atau dalam tempoh segera, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2023.

SEBARANG perubahan struktur fi perkhidmatan kesihatan awam  tidak akan dilaksanakan sewenang-wenangnya atau dalam tempoh segera.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perubahan struktur fi itu akan diteliti secara rapi dan telus dengan analisis wajar dan mengambil kira pandangan serta libat urus semua pihak berkepentingan terlebih dahulu.

Menurutnya, perkara penting bagi kerajaan ketika ini adalah memastikan rakyat terutamanya golongan tidak berkemampuan dan rentan tidak akan terkesan serta akses kepada perkhidmatan kesihatan dan akan terus dapat dinikmati.

“Pada masa ini, kadar yang dikenakan di sektor awam sangat minimum seperti yang kita tahu kerana kerajaan memberikan banyak subsisdi dan fi yang dikenakan adalah sama kepada semua pesakit.

“Malah KKM (Kementerian Kesihatan) juga tidak mempunyai mekanisme untuk mengumpul lebihan fi walaupun ada pesakit yang sanggup untuk membayar lebih kerana mereka hargai perkhidmatan kesihatan komprehensif yang diterima,” katanya ketika menggulung perbahasan Kertas Putih Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. – Bernama, 15 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen