SERAMAI 22 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) cedera dalam nahas helikopter di timur laut Syria pada Ahad, menurut pusat Centcom AS semalam.
Nahas itu mengakibatkan mangsa mengalami pelbagai tahap kecederaan, lapor Agensi Anadolu.
“Anggota yang cedera sedang menerima rawatan, 10 daripada mereka dipindahkan ke kemudahan penjagaan kesihatan,” menurut Centcom.
Punca kejadian sedang disiasat. – Bernama, 13 Jun, 2023.
Komen