Pengawal selia UK geledah pejabat Cambridge Analytica


Kira-kira 18 ejen penguatkuasa dari pejabat Pesuruhjaya Maklumat Elizabeth Denham menggeledah ibu pejabat Cambridge Analytica di London bagi mencari bukti bagi sebarang salah laku. – Gambar EPA, 24 Mar, 2018.

PENGAWAL selia British pada Jumaat mula menggeledah pejabat Cambridge Analytica di London, firma komunikasi yang dilanda skandal data Facebook, sejurus selepas hakim meluluskan waran geledah.

Kira-kira 18 ejen penguatkuasa dari pejabat Pesuruhjaya Maklumat Elizabeth Denham memasuki ibu pejabat syarikat itu di London syarikat bagi melakukan penggeledahan.

Mahkamah Tinggi London membenarkan permohonan hanya beberapa jam sebelum itu, ketika Denham menyiasat dakwaan yang Cambridge Analytica mungkin memperoleh data Facebook secara haram bagi tujuan politik. – AFP, 24 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen