Honduras buka kedutaan di China lepas putus hubungan diplomatik dengan Taiwan


Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan lawatan rasmi ke China selama lima hari dan turut bertemu Presiden China Xi Jinping di Beijing. – Gambar EPA, 11 Jun, 2023.

HONDURAS membuka kedutaannya di Beijing pada Ahad selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan, lapor dpa.

Kedutaan itu dirasmikan oleh Menteri Luar China, Qin Gang dan rakan sejawatnya dari Honduras, Eduardo Enrique Reina, menurut laporan tersebut.

Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan lawatan rasmi ke China selama lima hari dan turut bertemu Presiden China Xi Jinping di Beijing.

Pada Mac, kerajaan Honduras bertindak memutuskan hubungan dengan Taiwan.

Castro berharap langkah ini akan membantu memperkukuh kerjasama antara negaranya dengan ekonomi terbesar kedua di dunia.

Secara global, hanya 13 negara terutamanya negara-negara kecil, yang menjalin hubungan diplomatik dengan Taiwan.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menolak menjalinkan hubungan rasmi dengan mana-mana negara mengiktiraf Taiwan secara diplomatik. – Bernama, 11 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen