Kelantan umum tarikh bubar DUN minggu ini, kata laporan


Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata ia akan disahkan selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri pada Rabu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2023.

KELANTAN dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini dan membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN), menurut laporan Astro Awani.

Ia memetik Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob sebagai berkata tarikh pembubaran akan disahkan selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri pada Rabu.

“Insya-Allah kita tunggu masa mesyuarat Exco minggu ini,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Tempoh tamat penggal DUN Kelantan berakhir pada penghujung bulan ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah turut mengesahkan pengumuman yang akan dibuat..

Ketika ini PAS menguasai 37 kerusi dalam DUN 45 kerusi dengan Umno memegang tujuh manakala Bersatu mempunyai satu kerusi. – 11 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen