Tiga terbunuh dalam kebakaran serangan dron di Ukraine


Pusat arahan selatan Ukraine berkata kebakaran berjaya dipadamkan tetapi gelombang letupan itu merosakkan beberapa bangunan pangsapuri berdekatan. – Gambar Facebook, 10 Jun, 2023.

TIGA orang awam dilapor terbunuh dalam kebakaran dicetuskan oleh serpihan dron yang ditembak jatuh di wilayah Odesa, selatan Ukraine pada Jumaat, kata pegawai wilayah.

“Pada sebelah malam, musuh menyerang wilayah Odesa dengan dron,” kata pihak berkuasa wilayah dalam satu kenyataan media sosial, merujuk kepada tentera Russia.

Menurut kenyataan itu, pasukan pertahanan udara Ukraine memusnahkan semua kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tetapi serpihannya jatuh mengenai bangunan kediaman tingkat tinggi lalu mencetuskan kebakaran.

“Malangnya, ada mangsa dalam kalangan penduduk awam,” kata pegawai sambil menegaskan tiga terbunuh dan 26 lain termasuk tiga kanak-kanak cedera.

Dalam perkembangan berasingan, pusat arahan selatan Ukraine berkata, kebakaran berjaya dipadamkan tetapi gelombang letupan itu merosakkan beberapa bangunan pangsapuri berdekatan. – AFP, 10 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen