PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi temu Anwar 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web  www.temuanwar.com.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Jun, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok. 

Anwar menerusi catatan di Facebook beliau berkata orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web  www.temuanwar.com.

“Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para peserta yang hadir. Kita jumpa esok!” katanya. 

Berdasarkan poster dalam hantaran itu, sesi berkenaan dijadualkan berlangsung pada 3 petang di Dewan Tuanku Syed Putra USM. – Bernama, 10 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen