Tiada agenda ubah sekatan, kata wakil Iran ke PBB


Tiada agenda mengenai perjanjian sementara dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mengubah beberapa pelepasan sekatan untuk mengurangkan aktiviti pengayaan uranium Iran. – Gambar EPA, 10 Jun, 2023.

WAKIL Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata tiada agenda mengenai perjanjian sementara dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mengubah beberapa pelepasan sekatan untuk mengurangkan aktiviti pengayaan uranium Iran.

“Tiada perjanjian sementara untuk menggantikan JCPOA dalam agenda,” kata wakil itu pada Khamis, merujuk kepada perjanjian nuklear Iran dengan akronim rasminya, lapor Agensi Berita IRNA.

Perkara itu timbul selepas laman sesawang berita - Middle East Eye memetik dua sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa Tehran dan Washington telah mencapai persetujuan mengenai perjanjian sementara untuk dibawa kepada pihak atasan.

“Laporan itu palsu dan mengelirukan,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih.

JCPOA (Pelan Tindakan Komprehensif Bersama) tidak lagi digunakan pada 2018 oleh Presiden AS ketika itu Donald Trump, yang melancarkan kempen sekatan “tekanan maksimum” terhadap Iran walaupun Tehran mematuhi sepenuhnya perjanjian itu. – Bernama, 10 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen