Beijing lancar perkhidmatan mudah alih arkib


Dengan bantuan platform dalam talian, fail arkib seperti pendaftaran perkahwinan dan fail terbuka daripada 17 arkib komprehensif boleh diakses oleh penduduk melalui telefon mudah alih. – Gambar AFP, 10 Jun, 2023.

BEIJING melancarkan platform perkhidmatan mudah alih arkib pada Jumaat, lapor Xinhua.

Dengan bantuan platform dalam talian, fail arkib seperti pendaftaran perkahwinan dan fail terbuka daripada 17 arkib komprehensif boleh diakses oleh penduduk melalui telefon mudah alih.

Jumaat juga menandakan Hari Arkib Antarabangsa ke-16. Arkib dari peringkat perbandaran dan daerah Beijing dengan lebih daripada 30 pameran dibuka kepada orang ramai, dengan hampir 400,000 item dipamerkan.

Arkib Perbandaran Beijing melancarkan pameran bertemakan “Paksi Pusat Paling Cantik”, menggunakan lebih daripada 300 dokumen, foto, video dan bahan arkib lain untuk menunjukkan kerja perlindungan warisan budaya di sepanjang Paksi Pusat Beijing.

Arkib turut membuka pameran yang mempersembahkan karya canggih lebih 60 wira, pekerja contoh dan teladan di Beijing melalui lebih 400 dokumen, foto, objek dan bahan sejarah lain. – Bernama, 10 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen