BEKAS presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau didakwa berhubung pengendalian dokumen sulit, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Calon Pemilihan Presiden AS 2024 itu berkata demikian di platform Truth Social, menurut dpa.
“Pentadbiran Biden yang korup telah memaklumkan kepada peguam saya bahawa saya telah didakwa atas Boxes Hoax,” kata Trump dalam catatan itu, sambil menambah dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Ogos menggeledah ladang Mar-a-Lago Trump di Palm Beach, Florida dan merampas beberapa dokumen keselamatan negara yang sangat sulit. – Bernama, 9 Jun 2023.
Komen