Empangan Kakhovka musnah, 5 maut dan 41 cedera


Runtuhan empangan hidroelektrik Kakhovka di Rusia menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut dan 41 lagi cedera. – Gambar AFP, 9 Jun, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA lima orang maut dan 41 lagi cedera susulan kemusnahan empangan hidroelektrik Kakhovka, kata Datuk Bandar Nova Kakhovka, pada Khamis.

“Dilaporkan hari ini daripada tujuh mangsa lima daripadanya lemas,” lapor Agensi Berita RIA Novosti, kata Datuk Bandar Vladimir Leontiev.

Beliau berkata mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Tindakan memusnahkan empangan itu menerima kecaman hebat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rusia dan Ukraine, kerana disifatkan malapetaka kemanusiaan dan alam sekitar, lapor Xinhua.

Insiden itu menyaksikan Moscow dan Kiev sekali lagi saling menyalahkan antara satu sama lain sebagai dalang yang bertanggungjawab. – Bernama, 8 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen