The Malaysian Insight gantung penerbitan


The Malaysian Insight berterima kasih kepada pembaca, wartawan serta semua kakitangan yang berada di sini sejak penubuhannya pada 31 Mac 2017. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mac, 2018.

PEMBACA yang dihormati,

The Malaysian Insight akan menggantung operasi penerbitan bermula minggu depan kerana kami terlepas jangka masa perancangan utama untuk memperkenalkan sistem pembayaran berita, serta trafik laman kami juga tidak mencapai tahap sasaran yang ditetapkan.

Maka kerana itu, kami perlu menyemak kembali arah tuju, operasi dan kebolehdayaan komersial kami. Keputusan untuk menangguhkan penerbitan buat sementara waktu adalah sangat sukar untuk diambil, tetapi terpaksa dilakukan kerana persekitaran kewangan yang mencabar bukan sahaja dihadapi oleh The Malaysian Insight tetapi juga jenama media lain.

The Malaysian Insight berterima kasih kepada pembaca, wartawan serta semua kakitangan yang setia bersama kami sejak ditubuhkan pada 31 Mac 2017.

Terima Kasih.

Jahabar Sadiq 

Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif

The Malaysian Insight. – 23 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen