Speaker Dewan Rakyat tolak usul bahas isu LCS


Ravin Palanisamy

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menerima surat jawapan dari pejabat speaker Dewan Rakyat yang memaklumkan usul tersebut ditolak atas alasan tiada keperluan mendesak untuk dibahaskan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Jun 2023.

SPEAKER Dewan Rakyat Johari Abdul menolak usul tergempar bagi membahaskan isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) secara mendalam, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu berkata beliau menerima surat jawapan dari pejabat speaker yang memaklumkan usul tersebut ditolak, atas alasan tiada keperluan mendesak untuk dibahaskan.

“Saya mendapat surat jawapan daripada Dewan Rakyat, menyatakan usul tergempar ditolak dan alasan yang diberikan dalah kerana isu ini bukan keperluan mendesak dan tidak melibatkan kepentingan awam,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini. 

Presiden Muda itu mengemukakan usul berkenaan minggu lepas.

Pada sidang media tadi, Syed Saddiq menyangkal alasan usul tergempar beliau ditolak, menegaskan ia sangat penting, mendesak dan melibatkan kepentingan awam.

“Sejak kontrak ditandatangani pada 2011 dan hingga sekarang, tiada satu kapal pun dihantar dan RM6 bilion wang rakyat telah dibelanjakan untuk projek ini.

“Kemudian, jumlah kos projek juga telah disemak, dan sekarang meningkat daripada RM9 bilion kepada RM11 bilion. Ini bukan jumlah yang kecil,” katanya. – 8 Jun 2023.

Berita penuh di sini


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen