RINGGIT ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan harga minyak yang lebih tinggi terus menyokong selera risiko dalam pasaran, di tengah-tengah sentimen berhati-hati terhadap dolar.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan ditutup lebih kukuh pada 4.5950/6000 berbanding dolar AS 4.6055/6100 ketika ditutup pada Selasa.
Pada masa ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.66% kepada AS$76.79 setong.
Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran tempatan didominasi terutamanya oleh faktor luaran, termasuk penentuan terhadap dolar AS menjelang mesyuarat dasar rizab persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu depan dan ekonomi China.
Beliau berkata, walaupun berita mengenai rancangan lawatan Setiausaha Negara AS ke China dalam beberapa minggu akan datang akan meredakan ketegangan antara kedua-dua kuasa besar ekonomi itu, kelembapan ekonomi China menunjukkan pandangan berhati-hati terhadap prospek ekonomi global tahun ini.
Ia berdasarkan data terkini mengenai eksport China, yang jatuh lebih daripada jangkaan pada 7.5% pada Mei berbanding anggaran konsensus penguncupan 0.4%, katanya.
“Kita boleh lihat Indeks Dolar AS (DXY) kekal dalam jajaran positif hari ini apabila indeks meningkat sebanyak 0.02% kepada 104.149 mata, menunjukkan permintaan untuk mata wang selamat itu masih kukuh.
“Secara ringkasnya, peserta pasaran berhati-hati mengenai prospek pertumbuhan global kerana bank pusat utama nampaknya tidak akan berputus asa dalam usaha mereka untuk menurunkan inflasi melalui pengetatan monetari,” katanya.
Semalam, Reserve Bank of Australia secara tidak dijangka menaikkan kadar tunai mereka sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.10%.
Mohd Afzanizam berkata mungkin minggu depan, bank pusat AS akan mengekalkan pendiriannya dengan menaikkan kadar dana Fed sebanyak 25 mata asas.
Sekiranya itu berlaku, maka Fed menaikkan kadar asas sebanyak 525 mata asas dalam tempoh 16 bulan, iaitu kurang daripada kitaran kenaikan kadar faedah sebelumnya dari Jun 2004 hingga Jun 2006 membabitkan sejumlah 425 mata asas ditingkatkan dalam tempoh itu, katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat kepada 3.2996/3034 berbanding yen Jepun daripada 3.3050/3085 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.9176/9229 daripada 4.9237/9286 semalam, tetapi susut berbanding pound Britain 5.715712/7286 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4098/4137 daripada 3.4140/4179 pada Selasa, meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2303/2508 daripada 13.2357/2547 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 308.8/309.2 daripada 309.8/310.3 semalam.
Mata wang tempatan itu bagaimanapun tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.19/8.20. – Bernama, 7 Jun, 2023.
Komen