Banjir di Haiti ragut 51 nyawa


Hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan mencetuskan banjir lumpur serta menjejaskan 39,459 keluarga selain menyebabkan ribuan penduduk Haiti hilang tempat tinggal. – Gambar Facebook, 7 Jun, 2023.

HUJAN lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa. 

Agensi Anadolu melaporkan, hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan mencetuskan banjir lumpur serta menjejaskan 39,459 keluarga selain menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal.

Hujan bermula hari Jumaat dan semakin lebat pada hujung minggu, memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka, terutamanya di kawasan Ouest, Nippes, Sud-Est, Nord-Ouest dan Centre. Kawasan metropolitan Port-au-Prince turut terjejas teruk.

Perdana Menteri Ariel Henry menerusi akaun Twitter berkata: “beliau bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi permintaan harian.

Ini adalah tragedi terbaru yang melanda Haiti yang bergelut dengan kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketidakstabilan politik.

“Kami sangat sedih dengan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan penderitaan rakyat Haiti yang disebabkan oleh gempa bumi,” kata Stephane Dujarric selaku jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Gutteres.

Hujan dijangka berterusan sehingga Khamis. – Bernama, 7 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen