China ugut kenakan tarif tinggi terhadap AS


Kementerian Perdagangan China berkata ia tidak mahu memulakan perang perdagangan, tetapi tidak takut jika ia berlaku. – Gambar AFP, 23 Mac, 2018.

CHINA memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa ia “tidak takut untuk perang perdagangan” ketika ia mengugut untuk mengenakan tarif bernilai AS$3 bilion bagi barangan AS sebagai bantahan balas terhadap langkah dikenakan Presiden Donald Trump terhadap import China.

Beijing mendedahkan senarai produk yang mungkin berdepan bayaran duti sehingga 25%, daripada buah segar kepada daging babi dan wain, tetapi setakat ini ia masih belum dilaksanakan, sebagai tanda kesediaan untuk mengadakan rundingan.

Ketegangan terbaru itu berlaku apabila AS menuduh China pencuri besar yang mencuri harta intelek dan amalan lain yang tidak adil.

“China tidak mahu lawan perang perdagangan, tetapi ia tidak takut langsung jika ia berlaku,” kata kementerian perdagangannya.

Beberapa jam sebelum itu, Trump menandatangani satu perintah yang juga boleh menyebabkan sekatan terhadap pelaburan China di AS< berkata ia akan menjadi “satu daripada banyak lagi” tindakan perdagangan. – AFP, 23 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen