Sarawak mula jual tenaga elektrik kepada Sabah pada 2020 atau 2021


Desmond Davidson

Sarawak akan membekalkan tenaga elektrik ke Sabah pada 2020 atau 2021 susulan kejayaan yang semakin hampir dikecapi syarikat milik kerajaan negeri Sarawak Energy Bhd (SEB) dalam membina jaringan grid Borneo. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Mac, 2018.

SARAWAK akan membekalkan tenaga elektrik ke Sabah pada 2020 atau 2021 susulan kejayaan yang semakin hampir dikecapi syarikat milik kerajaan negeri Sarawak Energy Bhd (SEB) dalam membina jaringan grid Borneo. 

Ketua Pegawai Eksekutif SEB Sharbini Suhaili berkata perjanjian penjualan tenaga itu akan ditandangani beberapa bulan lagi dan akan berkuatkuasa selepas grid utara siap sepenuhnya pada 2020. 

Daerah paling utara Sarawak, Limbang dan Lawas, ketika ini masih tidak diliputi dengan grid tenaga eleterik negeri tersebut dan SEB sedang memasang jaringan transmisi dari Miri ke kawasan tersebut. 

Jaringan transmisi tersebut akan turut merentasi Brunei dan daerah Temburong di negeri itu. 

Sharbini dalam kenyataan hari ini, berkata jumlah elektrtik yang akan dijual masih belum ditetapkan tetapi laporan media sebelum ini menyatakan Brunei bersetuju membeli 100 megawatts (Mw) dengan pilihan tambahan 50Mw.

“Ia masih dalam fasa perbincangan dan bergantung kepada berapa banyak lebihan tenaga eleterik yang ada. 

“Kita tidak akan tahu sehinggalah grid utara siap pada 2020,” katanya. – 23 Mac, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen