POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.
Setiausaha PDRM Noorsiah Saaduddin berkata rakaman percakapan Muhammad Sanusi akan dirakam esok di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Pada 29 Mei lepas Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis. – Bernama, 6 Jun, 2023.
Komen