PM serah pada AGC ambil tindakan terhadap MB Kedah


Alfian Z.M. Tahir

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memberitahu Parlimen hari ini terpulang kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk bertindak terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya yang Pulau Pinang adalah milik Kedah.

“Saya menerima dokumen daripada polis berhubung kenyataan tidak bertanggungjawab menteri besar Kedah yang mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya Pulau Pinang boleh diserahkan kepada Kedah. Sebagai orang yang berkuasa, kenyataan (Sanusi) adalah salah.”

“Polis menjalankan siasatan di bawah undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. Kertas siasatan diserahkan kepada AGC dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada AGC untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada Dewan.

Anwar berkata Majlis Raja-raja Melayu, termasuk sultan Kedah ketika itu, British dan Siam sebelum kemerdekaan Malaysia bersetuju Pulau Pinang adalah sebuah negeri sendiri.

Anwar menjawab soalan Lim Guan Eng (Bagan-PH) mengenai dakwaan Sanusi yang Pulau Pinang adalah milik Kedah, yang dikatakan Lim menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri itu dan mengancam keamanan dan keharmonian negara.

Pada 29 Mei lalu, Sanusi berkata kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan kerana Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini cuba peraturan mesyuarat bagi menghalang Lim daripada bertanyakan soalan itu. Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengarahkan Lim meneruskannya. – 6 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen