SENAT Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang perbelanjaan persekutuan berjumlah AS$1.3 trilion (RM5 trilion) awal hari ini, sekali gus mengelak daripada penutupan kali ketiga kerajaan pada tahun ini.
Ahli Parlimen memperoleh kelulusan ke atas pakej perbelanjaan raksasa itu lewat malam tadi, dengan undian 65 berbalas 32.
Ia kini dibawa ke White House untuk ditandatangani oleh Presiden Donald Trump, yang dikatakan akan menyokong rang undang-undang itu.
Langkah itu menambah perbelanjaan untuk ketenteraan dan domestik, memperketat keselamatan sempadan, infrastruktur dana dan projek pinjaman pelajar.
Ia juga termasuk peruntukan untuk mengurangkan keganasan senjata api, tetapi tidak menangani isu perlindungan bagi pendatang tanpa izin atau usaha untuk menstabilkan harga insurans kesihatan. – AFP, 23 Mac, 2018.
Komen