Perkhidmatan kereta api beroperasi semula di timur India


Sekurang-kurangnya 275 orang terbunuh dalam nahas pada Jumaat lepas apabila sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang tidak bergerak di India. – Gambar AFP, 5 Jun, 2023.

PERKHIDMATAN kereta api dua hala disambung semula di lokasi nahas di timur India, Odisha yang mengorbankan 275 nyawa, menurut Kementerian Kereta Api persekutuan pada Isnin.

Kereta api penumpang dilaporkan bertembung dengan kereta api barang di daerah Balasore, Odisha pada Jumaat petang manakala sekitar 1,175 penumpang cedera.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas memotong kompartmen kereta api menggunakan pemotong dan jentera berat, lapor Xinhua.

“Kerja-kerja pemulihan selesai dengan pemantauan berterusan oleh Menteri Kereta Api. Kereta api beroperasi semula di kedua-dua rel,” menurut Kereta Api India dalam satu kenyataan.

Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw berkhemah di lokasi kemalangan sejak Sabtu, menyelia operasi penyelamatan dan pemulihan.

Sementara itu kerajaan persekutuan mengarahkan agensi penyiasatan utama negara, Central Bureau of Investigation (CBI) melakukan siasatan terhadap kemalangan itu. β€“ AFP, 5 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen