KAPAL kargo terbesar dunia berlepas dari UK selepas pelayaran pertamanya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kapal MSC Loreto sepanjang 400 meter mampu memuatkan 24,346 kontena standard, dan berkongsi gelaran ini dengan kapal MSC Irina.
MSC Loreto tiba di Pelabuhan Felixstowe di Suffolk, pada awal pagi Selasa, iaitu pelabuhan kontena terbesar dan paling sibuk di Britain.
Ia mula meninggalkan pelabuhan hanya selepas 5 pagi (0400 GMT) Jumaat.
Kapal itu dikendalikan oleh Syarikat Perkapalan Mediterranean yang beribu pejabat di Switzerland, tiba di UK dari Rotterdam.
Ia memulakan pelayaran sulungnya dari Ningbo di China pada April. – Bernama, 3 Jun, 2023.
Komen