PRESIDEN Donald Trump menamakan bekas pengulas Fox News dan bekas duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) John Bolton sebagai penasihat keselamatan negaranya yang baharu, selepas menyingkirkan jeneral tentera HR McMaster.
Pengumuman itu dibuatnya menerusi Twitter dalam episod terkini pertukaran kakitangannya, ketika Amerika Syarikat (AS) giat dalam usaha menangani program nuklear Iran.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan berkuat kuasa 9 April, 2018 John Bolton akan menjadi penasihat keselamatan kebangsaan saya yang baharu,” kata Trump.
“Saya sangat berterima kasih dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Jeneral HR McMaster yang melaksanakan tugas dengan cemerlang. Beliau akan tetap menjadi sahabat saya. Majlis penyerahan kuasa secara rasmi akan diadakan pada 9 April ini.
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas tindakannya menggantikan setiausaha negara Rex Tillerson dengan pengarah CIA, Mike Pompeo.
McMaster diramalkan untuk menamatkan perkhidmatan tahun ini, jadi penggantian jawatan itu tidak mengejutkan. Tetapi pencalonan Bolton mengejutkan Washington. – AFP, 23 Mac, 2018.
Komen