Perancis lulus undang-undang kawal pempengaruh media sosial


PENGGUBAL undang-undang di Perancis sebulat suara meluluskan rang undang-undang mengawal selia pempengaruh media sosial berbayar selain membanteras penipuan, kata pihak berkuasa.

Kementerian Ekonomi, Kewangan dan Perindustrian dan Kedaulatan Digital Perancis dalam siaran berita berkata Perancis menjadi negara pertama di Eropah dan antara yang pertama di dunia yang menerima pakai rangka kerja untuk mengawal selia pengaruh komersial, lapor United Press International (UPI).

Undang-undang itu yang berkuat kuasa serta-merta, mewujudkan badan kawal selia dalam Direktorat Am Persaingan, Hal Ehwal Pengguna dan Pencegahan Penipuan bersama pasukan 15 ejen dan menggariskan definisi undang-undang mengenai aktiviti pengaruh komersial.

Ia juga menetapkan kewajipan ketelusan yang memerlukan pempengaruh(influencer) melabelkan semua kandungan berbayar dan melarang perniagaan komersial daripada mengambil pempengaruh untuk mempromosi barangan dan perkhidmatan tertentu yang antara lain meliputi ubat, pembedahan kosmetik, nikotin dan haiwan liar.

Menurut teks undang-undang itu, mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didenda sehingga 300,000 euro – atau kira-kira AS$322,858 serta penjara dua tahun.

Selain itu, pempengrauh dikehendaki mematuhi undang-undang pengiklanan seperti yang memerlukan pengiklan televisyen dan radio menggalakkan aktiviti fizikal dalam iklan untuk minuman ringan dan makanan yang diproses. – Bernama, 2 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen