KUMPULAN pemberontak yang menguasai Ghouta Timur mengumumkan gencatan senjata pada Khamis bermula tengah malam bagi membenarkan rundingan dengan rejim sekutu Rusia, kata jurucakap kepada pakatan terbabit.
Pengumuman itu dibuat selepas serangan udara yang menyasarkan selatan Ghouta yang dikuasai kumpulan pemberontak Faylaq al-Rahman, menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, menurut Kumpulan Pemerhati Syaria untuk Hak Asasi Manusia.
Gencatan senjata itu juga dibuat berikutan pemindahan pertama pemberontak dan orang awam di Ghouta Timur di bawah perjanjian dengan Rusia yang pertama.
Pemindahan itu juga menyebabkan kumpulan pemberontak yang memguasai dua kawasan di Ghouta menghadapi tekanan untuk menerima perjanjian yang sama.
Rejim Presiden Bashar al-Assad, yang disokong Moscow melancarkan serangan pada bulan lalu yang membolehkan mereka mengawal kembali 80 peratus daripada Ghouta, yang merupakan kawasan penempatan terakhir pemberontak.
Serangan rejim di Ghouta menyebabkan lebih 1,500 orang awam terbunuh sejak 18 Februari, kata kumpulan pemerhati.
Tengah Damsyik yang terletak di tengah-tengah jarak serangan mortar dari Ghouta, dan perjanjian itu juga dibuat selepas serangan roket terburuk pemberontak di ibu negara itu yang menyebabkan 44 orang awam terbunuh.
Jurucakap Faylaq al-Rahman di selatan Ghouta mengumumkan “perjanjian gencatan senajta telah dicapai di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)”.
Perjanjian damai itu turut akan membenarkan “rundinga terakhir” antara pemberontak tempatan dan Rusia bagi mencari penyelesaian “untuk menjamin keselamatan orang awam dan menamatkan penderitaan mereka serta jaminan untuk menamatkan perang,” tambahnya. – AFP, 23 Mac, 2018.
Komen