2 remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang


Penduduk kampung menemukan dua mangsa kejadian lemas di Kampung Batu Embun, Jerantut, Pahang. – Gambar Facebook JBPM Negeri Pahang, 1 Jun, 2023.

DUA remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, mangsa adalah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun.

“Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulfadli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 3.07 petang dan jentera bomba mengambil masa 20 minit untuk tiba ke lokasi kerana balai bomba terdekat terletak 20 kilometer dari kampung berkenaan. – Bernama, 1 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen