Presiden SUPP elak soalan ‘perdamaian’ dengan UPP


Desmond Davidson

Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian mengelak menjawab soalan mengenai memorandum persefahaman antara parti serpihan, UPP menjelang PRU14. – Gambar Facebook, 22 Mac, 2018.

PRESIDEN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengelak soalan-soalan berkaitan memorandum persefahaman (MoU) yang dikatakan sepatutnya ditandatangani dengan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“MoU? Apa MoU?”. Itu reaksi Dr Sim Kui Hian apabila wartawan bertanyakan mengenai perkara itu apabila mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuching berakhir tadi.

“Oh… MoU yang itu… Kita akan bincangkan esok (pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional negeri),” katanya.

Apabila ditanya sama ada MoU - yang dilaporkan satu persefahaman mengenai bagaimana UPP boleh bertanding di kerusi SUPP pada PRU14 - Dr Sim menegaskan bahawa perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

“Nak bincang apa? Tak ada apa yang hendak dibincangkan.

“Tujuh kerusi itu kepunyaan SUPP. Kalau tak, siapa punya?”

“Sabtu lalu, Ketua Pemuda SUPP Johnichal Rayong mengesahkan yang MoU itu telah ditandatangani pada Ahad namun telah ditunda pada saat-saat akhir.

Rayong yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkili, merupakan salah seorang daripada lima penggubal undang-undang SUPP yang menyertai UPP selepas pemilihan parti pada 2011. Beliau memberitahu wartawan yang MoU tersebut ada kaitan dengan usaha “perdamaian” kedua-dua parti itu.

Pada hari yang sama, Sim memberitahu The Malaysian Insight yang berita mengenai MoU itu hanyalah satu spekulasi. – 22 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen