KOREA Selatan mengeluarkan waran tangkap kepada bekas Presiden Lee Myung-bak atas dakwaan korupsi hari ini, lapor agensi berita Yonhap, beberapa hari selepas dia disoal siasat oleh pendakwaraya.
Pemimpin berusia 76 tahun yang berkhidmat daripada 2008 sehingga 2013 adalah bekas pemimpin terbaru yang terheret dalam siasatan jenayah. Dia disiasat berkaitan beberapa kes rasuah melibatkan jumlah jutaan dolar. – AFP, 22 Mac, 2018.
Komen