PIHAK berkuasa Israel hari ini melancarkan siasatan rasmi ke atas aktiviti Facebook susulan skandal manipulasi data pengguna media sosial utama dunia itu.
Agensi perlindungan data peribadi Israel dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kehakiman mengatakan ia “sudah memaklumkan kepada Facebook hari ini yang siasatan rasmi sudah dimulakan ke atas aktivitinya” susulan dakwaan pemindahan data daripada Facebook kepada syarikat Cambridge Analytica.
Agensi itu sedang meneliti “kemungkinan wujudnya pelanggaran undang-undang peribadi berkaitan rakyat Israel”. – AFP, 22 Mac, 2018.
Komen