Jet China terbang agresif depan pesawat AS di Laut China Selatan


Jet pejuang J-16 China melakukan gerakan agresif yang tidak perlu semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara AS di Laut China Selatan minggu lepas. – Gambar AFP, 31 Mei, 2023.

SEBUAH jet pejuang J-16 China melakukan “gerakan agresif yang tidak perlu” semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas, kata Markas Indo-Pasifik AS.

Insiden itu berlaku pada Jumaat, menurut Agensi Anadolu memetik kenyataan daripada markas berkenaan.

“Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat dan rutin di Laut China Selatan di ruang udara antarabangsa mengikut undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Menurut markas itu, AS akan “terus terbang, belayar dan beroperasi – dengan selamat dan bertanggungjawab – di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkannya.”

“Pasukan Bersama Indo-Pasifik AS akan terus terbang di ruang udara antarabangsa dengan mengambil kira keselamatan semua kapal dan pesawat mengikut undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 31 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen