KEBAKARAN yang berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan membabitkan kawasan seluas 1.6 hektar sejak Isnin lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada jam 6.32 petang dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 25 anggota.
Beliau berkata, operasi turut dibantu 33 anggota pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.
Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.30 petang semalam dan kerja membersihkan parit diteruskan oleh JPNS menggunakan jentera jengkaut, katanya.
“Telaga tiub juga diaktifkan sehingga esok dan bomba akan membuat pemantauan secara berjadual di lokasi berkenaan,” katanya. – Bernama, 31 Mei, 2023.
Komen