PMO nafi calon PRU14 BN diumum 2 April


PEJABAT Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan laporan akhbar tempatan bahawa Perdana Menteri Najib Razak dijangka mengumumkan calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Barisan Nasional (BN) pada 2 April ini.

Sebaliknya, kenyataan PMO yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook dan Twitter menjelaskan bahawa laporan berkenaan hanyalah spekulasi pihak media.

Laporan akhbar hari ini menyatakan bahawa majlis pengumuman calon oleh Najib yang juga merupakan pengerusi BN bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Laporan itu menyatakan majlis itu akan dihadiri oleh 13 pemimpin kanan parti-parti komponen BN. – Bernama, 22 Mac, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen