Rakyat Arab Saudi diculik di Beirut


SEORANG lelaki warga Arab Saudi diculik di Beirut, namun motif penculikan belum dapat dipastikan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Lubnan pada Selasa.

“Apa yang berlaku itu menjejaskan hubungan Lubnan dengan rakan Arabnya dan hukuman berat akan diambil ke atas pelakunya,” kata Menteri Dalam Negeri Bassam Mawlawi di Twitter.

Beliau berkata pihak berkuasa berhubung dengan duta Arab Saudi ke Lubnan Waleed Bukhari, kata Mawlawi.

Menurut media tempatan, warga Arab Saudi itu diculik dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Beirut pada Ahad.

Kawasan dan jalan raya berhampiran lapangan terbang itu sebahagian besarnya dikawal oleh gerakan Syiah Lubnan Hizbullah.

Keluarga lelaki itu menerima panggilan daripada penculik yang meminta wang tebusan AS$400,000.

Kedutaan Arab Saudi di Lubnan berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu daripada keluarga lelaki berkenaan. – Bernama, 30 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen