PRESIDEN Maldives Abdulla Yameen pada Khamis menarik semula perintah darurat 45 hari, iaitu sehari selepas pemimpin pembangkang didakwa cuba menggulingnya bulan lalu.
Peguam Negara Mohamed Anil berkata Yameen telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perintah yang dikeluarkannya pada 5 Februari selepas keputusan Mahkamah Agung mengancam untuk mendakwanya.
“Presiden telah memutuskan untuk menamatkan perintah darurat pada tengah malam,” kata Anil.
Yameen pada mulanya mengisytiharkan perintah darurat selama 15 hari selepas mahkamah tertinggi negara itu memerintahkannya membebaskan penentang-penentang berprofil tinggi dari penjara.
Pembebasan mereka akan membuka jalan kepada bekas pemimpin Mohamed Nasheed yang hidup dalam buangan di London kembali semula dan bertanding merebut jawatan presiden.
Perintah mahkamah itu enggan dituruti Yameen dan sebaliknya beliau mengeluarkan perintah darurat yang menyekat kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.
Beliau turut menahan ketua hakim dan Seorang lagi hakim Mahkamah Agung.
Perintah darurat itu kemudiannya dilanjutkan selama 30 hari, menambahkan lagi krisis politik di kepulaun Lautan Hindi.
Hakim-hakim yang lain membatalkan keputusan Mahkamah Agung untuk melantik semula 12 ahli parlimen yang dipecat kerana membantah pihak pembangkang manakala Yameen juga melucutkan kuasa parlimen untuk mendakwanya. – AFP, 22 Mac, 2018.
Komen