Perbincangan agihan kerusi Perikatan dijangka 5 Jun ini


Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding Perikatan Nasional akan perbincangan bagi membuat keputusan berkaitan agihan kerusi PRN yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mei, 2023.

PERBINCANGAN berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.

Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi, tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) di Kuala Terengganu hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir. – Bernama, 29 Mei 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen