Jokowi ucap tahniah kepada Erdogan


Presiden Indonesia Joko Widodo menyiarkan gambar berjabat tangan antara beliau dan Recep Tayyip Erdogan pada Sidang Kemuncak G20 Bali tahun lalu menerusi akaun Twitternya. – Gambar Twitter, 29 Mei 2023. 

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo hari ini mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turkiye.

“Tahniah kepada Presiden Erdogan,” tulis Joko Widodo di akaun Twitternya.

Beliau menyatakan kesediaan untuk meneruskan dan mengukuhkan perkongsian strategik Indonesia-Turkiye yang telah lama terjalin untuk kepentingan rakyat.

Presiden turut menyiarkan gambar berjabat tangan antara beliau dan Erdogan pada Sidang Kemuncak G20 Bali tahun lalu.

Erdogan semalam memenangi pilihan raya penentu dengan menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu. – Bernama, 29 Mei 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen