'The Little Mermaid' dahului carta pecah panggung Amerika Utara


Antara barisan pelakon filem 'The Little Mermaid' yang kini mendahului carta pecah panggung di Amerika Utara. – Gambar Facebook, 29 Mei, 2023.

FILEM ‘The Little Mermaid’ mendahului carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara dengan anggaran jualan dalam masa tiga hari pada hujung minggu mencecah AS$95.5 juta, lapor agensi berita Xinhua.

Diadaptasi daripada filem animasi ikonik Disney 1989, filem fantasi muzikal itu berdasarkan kisah dongeng Hans Christian Andersen pada tahun 1837, filem ini mengisahkan kisah cinta ikan duyung yang dikenali sebagai Ariel.

Filem arahan Rob Marshall itu menampilkan pelakon seperti Halle Bailey sebagai teraju utama selain Daveed Diggs, Jacob Tremblay, Awkwafina, Jonah Hauer-King dan Art Malik.

Setakat ini, filem berkenaan mendapat penilaian sebanyak 67% berdasarkan 242 ulasan di laman sesawang Rotten Tomatoes.

‘The Little Mermaid’ memperoleh A daripada skala A+ hingga F berdasarkan tinjauan oleh firma penyelidikan pasaran CinemaScore.

Filem aksi terbitan Universal Pictures, Fast X, di tempat kedua dengan kutipan AS$23.02 juta pada hujung minggu. – Bernama, 29 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen