SEORANG penduduk awam maut di Kyiv selepas satu serangan dron “besar-besaran” di ibu kota Ukraine itu, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko pada Ahad.
“Seorang wanita berusia 35 tahun di masukkan ke hospital dan seorang lelaki berusia 41 tahun terbunuh,” kata datuk bandar yang juga bekas peninju itu menerusi Telegram, melaporkan yang bangkai dron terhempas berhampiran sebuah stesen minyak.
Beliau berkata yang sistem pertahanan udara Kyiv menembak “lebih 20 dron” yang menuju ke bandar dan memberi amaran kepada orang awam.
Kebakaran juga tercetus di bangunan kedai di wilayah Holosiivskyi, tambahnya lagi.
Tentera Rusia mula menyerang Kyiv sepanjang bulan Mei.
Ketua sivil tempatan dan pentadbiran tentera, Serhii Popko, berkata pada Jumaat yang terdapat 13 serangan berlaku sepanjang bulan ini.
Sejak beberapa minggu lepas, laporan serangan dron di Rusia juga bertambah, kebanyakannya berlaku berhampiran sempadan Ukraine.
Pada Sabtu, serpihan dron di kawasan itu membunuh dua orang, kata pihak berkuasa.
Moscow menyalahkan Kyiv dan sekutu Baratnya kerana pertambahan serangan dan operasi sabotaj, termasuk di Kremlin tetapi Ukraine menafikan sebarang penglibatan. – AFP, 28 Mei, 2023.
Komen