Dipanggil SPRM: Saya bukan suspek, kata peguam Sarawak


Desmond Davidson

Didakwa siasatan terhadap Fong itu berlangsung pada petang 24 Mei lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mei, 2023.

PEGUAM kerajaan negeri Sarawak J C Fong mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat di Kuching namun bukan sebagai suspek.

“Saya disoal siasat sebagai saksi dalam siasatan SPRM terhadap seseorang yang identitinya tidak didedahkan kepada saya” kata Fong kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hantaran yang tular di media sosial mendakwa beliau ‘disoal siasat’ oleh SPRM dan ‘semua akaun banknya dibekukan’.

Fong yang tidak mendedahkan bila sesi itu berlaku atau sama ada semua akaun banknya dibekukan berkata kenyataannya akan menjadi sub-judice terhadap siasatan yang sedang berjalan.

Namun Timbalan Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (Malaysia) Peter John Jaban mendedahkan kepada The Malaysian Insight, siasatan terhadap Fong itu berlangsung pada petang 24 Mei lalu.

Peguam yang juga ahli politik Dominique Ng berkata beliau “mendengar tentang siasatan itu namun tidak tentang pembekuan akaun.”

Namun kata Ng beliau masih menanti pengesahan tentang itu.

Jaban dan Sarawak Report berkata Fong disoal siasat berhubung artikel pada 2019 di laman web ‘whistle blower yang mendakwa Fong dan Timbalan Premier Sarawak Awang Tengah Ali Hassan berkonspirasi untuk menipu seorang ahli perniagaan berkait penghakiman RM285 juta.

Fong kemudiannya menafikan dakwaan dalam artikel itu yang disifatkan berniat jahat dan dia berhak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dan dua pihak lain yang menurutnya bertanggungjawab untuk penerbitan artikel itu.

“Saya tahu ini adalah kerja seseorang yang tidak menyukai nasihat yang saya berikan kepada kerajaan pada 2011 dan sangat tidak berpuas hati kerana sebelum ini dia kalah dalam saman terhadap kerajaan negeri yang saya pertahankan untuk menuntut RM138 juta sebagai ganti rugi khas.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” kata Fong yang menganggapdirinya sebagai ‘mangsa balas dendam. – 27 Mei, 2023.

BERITA PENUH DI SINI.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen