SEORANG ahli politik pembangkang Sri Lanka yang menjadi pemerhati bagi pilihan raya presiden Rusia pada Khamis berkata pihak berkuasa Amerika SYarikat (AS) telah menghalangnya menaiki pesawat dari Moscow ke Texas.
Nam Rajapakse, iaitu anak kepada bekas presiden Sri Lanka Mahinda Rajapakse syarikat penerbangan tersebut telah diarahkan supaya tidak membenarkannya menaiki penerbangan ke Houston.
Menerusi akaun Twitternya, Rajapakse berkata beliau telah dimaklumkan oleh Emirates Air bahawa pihak berkuasa AS mengarahkan mereka menghalangnya menaiki pesawat.
Rajapakse, 31, dijemput oleh kerajaan Rusia bagi memantau pilihan raya presiden negara itu yang dimenangi oleh Vladimir Putin.
Pihak berkuasa AS tidak memberi sebarang komen terhadap kes-kes individu, namun sumber rasmi menyebut nama Rajapakse mungkin berada dalam senarai pemerhatian disebabkan pendakwaan penggubahan wang haram yang dihadapinya di Sri Lanka.
Beliau dan adiknya telah didakwa melakukan penggubahan wang haram. Manakala ahli keluarganya yang lain menghadapi tuduhan rasuah.
Sri Lanka telah mengumumkan yang ia akan menubuhkan sebuah mahkamah khas bagi menyiasat kes rasuah melibatkan berbilion dolar ketika pemerintahan bekas presiden Mahinda Rajapakse yang kalah pada pilihan raya 2015.
Penggantinya, Maithripala Sirisena berkata separuh daripada semua kontrak perolehan awam ketika di bawah pemerintahan Mahinda adalah rasuah.
Bagaimanapun, Mahinda menafikannnya dan beliau tidak disiasat. – AFP, 22 Mac, 2018.
Komen