Anwar ‘salah faham’ jam tema pelangi, kata CEO Swatch


CEO Kumpulan Swatch berkata jam tangan warna-warni itu menampilkan tema “life, healing, sunlight, nature, harmony, spirit”. – Gambar Facebook, 27 Mei, 2023.

JAM tangan koleksi Pride Swastch yang dirampas pihak berkuasa minggu lalu tidak memberi rujukan kepada masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata CEO Kumpulan Swatch Nick Hayek.

Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim “salah faham” apabila mengatakan serbuan di premis Swatch dan rampasan jam tangan bertema pelangi itu berkaitan dengan isu LGBT.

Pada Khamis, Anwar berkata beliau dimaklumkan jam tangan Swatch itu bukan dirampas kerana warna seperti bendera pelangi, tetapi kerana ada elemen LGBT.

“Perdana Menteri Malaysia dalam temubual baru-baru ini berkata koleksi terbaru Swatch yang berwarna-warni itu turut menampilkan huruf LGBT di nombornya. Beliau salah faham.

“Swatch tidak memasukkan mana-mana rujukan kepada masyarakat LGBT di jam tangan Koleksi Pride tahun ini.

“Jam tangan warna wani ini termasuk makna setiap warna kebanggan (kehidupan, penyembuhan,cahaya matahari, alam semulajadi, keharmonian, semangat) di jarum minit dan dua gelung yang membentuk pelangi,” kata Hayek yang dipetik berkata kepada Malay Mail Online.

Kementerian Dalam Negeri menyerbu kedai Swatch di Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah. – 27 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen