Agihan kerusi BN-Pakatan jangka muktamad hujung Mei, kata Bung Moktar


Ravin Palanisamy

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Bung Moktar Radin berkata perbincangan mengenai agihan kerusi di peringkat negeri masih diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mei 2023.

AGIHAN kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya di enam negeri dijangka dimuktamadkan minggu depan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Bung Moktar Radin.

“Belum muktamad, dan perbincangan di peringkat negeri masih diteruskan.

“Tapi dijangka diketahui hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato Onn malam tadi.

Enam negeri yang akan melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) pada tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu dilaporkan berkata proses pembahagian kerusi antara gabungan itu dengan PH sudah hampir selesai.

Katanya, semua keputusan di peringkat negeri akan dibawa kepada parti masing-masing sebelum rundingan di peringkat nasional untuk dimuktamadkan. – 27 Mei 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen