SPRM sahkan siasat projek Petronas bernilai RM399 juta


SPRM mendapat kerjasama penuh daripada Petronas dalam siasatan membabitkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2023.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan projek Petronas dengan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa.

Suruhanjaya itu mengesahkan kertas siasatan sudah dibuka untuk menyiasat dakwaan itu.

“Penyiasat kami mendapat kerjasama penuh daripada Petronas dalam siasatan membabitkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak.

“Setakat ini, SPRM mendapati beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur kerja berhubung perkara itu,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu juga berkata, ia mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada prosedur operasi standard sebagai langkah pencegahan.

Sebelum ini sebuah portal berita mempersoalkan keputusan Petronas untuk menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat antarabangsa, yang didakwanya terbabit dalam kes rasuah di Britain. – 26 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen