Nahas helikopter di Great Barrier Reef, 2 warga AS maut


Dua pelancong warga emas rakyat Amerika Syarikat terbunuh dalam nahas helikopter di Great Barrier Reef di Australia pada Rabu. – Gambar fail AFP, 22 Mac, 2018.

DUA pelancong warga emas rakyat Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam nahas helikopter di Great Barrier Reef di Australia, kata polis semalam.

Lelaki itu, 79, dan wanita, 65, kedua-duanya meninggal dunia apabila helikopter yang dinaiki mereka jatuh di kawasan terumbu karang terkenal Airlie Beach pada Rabu.

Bagaimanapun, dua lagi penumpang yang juga rakyat AS dan juruterbang selamat, dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Akibat dari kemalangan tersebut, perkhidmatan kecemasan telah diberi dan satu siasatan bebas dan telus sedang dijalankan,” seorang anggota polis tempatan, Ian Haughton berkata.

Tiada sebarang petunjuk bagi punca kejadian itu, namun Haughton berkata siasatan akan meneliti servis mekanikal helikopter, apa yang berlaku semasa kemalangan yang mungkin menjadi punca kemalangan, dan sebarang kemungkinan bagi kesilapan.

Menurut laporan Brisbane Courier Mail, saksi-saksi yang berada di temat kejadian telah membantu membawa manga keluar dari air dan memberi rawatan kecemasan berpandukan arahan melalui telefon dari paramedik yang memerlukan masa selama sejam untuk sampai ke kawasan kejadian di Whitsunday, Queensland.

Bagaimanapun, kedua-dua warga emas tersebut gagal diselamatkan.

Whitsunday Air Services yang dilaporkan sebagai syarikat pengendali helikopter itu telah menghentikan operasinya. – AFP, 22 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen