Anwar bohong tuduh Perikatan terima dana hasil judi, kata PAS

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata tuduhan parti menerima dana daripada syarikat judi bagi membiaya kempen pilihan raya adalah satu penipuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2023.

PAS menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menuduh parti berkenaam selepas menerima dana daripada syarikat judi bagi membiaya kempen pilihan raya.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata penjelasan kerajaan menunjukkan tuduhan Anwar pada Disember lalu satu penipuan.

“Lontaran tuduhan itu yang asalnya dibuat PMX (Anwar) selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX,” katanya.

Desakan serupa disuarakan pemimpin Bersatu yang menggesa pengundi mengalih sokongan disebabkan fitnah itu.

Seorang pemimpinnya Wan Saiful Wan Jan berkata tuduhan Anwar itu hanya satu fitnah untuk memberi imej buruk terhadap PN.

“Ini terang-terang fitnah besar dan dahsyat sekali! Kerajaan PH-BN ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat dalam PRU15,” katanya.

Sedangkan kerajaan tidak mempedulikan masalah kenaikan harga barang keperluan, kata Wan Saiful lagi.

Kenyataan itu menyusuli pengakuan kerajaan di Dewan Rakyat bahawa tuduhan itu terlalu umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan siasatan ke katas isu itu selepas kajian terperinci.

“... (SPRM) mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya lagi.

Perdana menteri pada Disember dalam satu kenyataan membayangkan sebahagian dana pilihan raya parti parti PN berpunca daripada cabutan khas syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya seperti dilaporkan pada waktu itu.

Walaupun tidak menamakan secara khusus pihak tersebut, Anwar mentakrifkannya sebagai parti Melayu dan Islam.

Anwar pada waktu itu juga membangkitkan tindakan pentadbiran PN menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun pada akhir 2020. β€“ 26 Mei, 2023.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

Komen