PENDAKWA raya Perancis mendakwa lima pegawai tentera semalam, atas kegagalan bertindak menyelamatkan berpuluh-puluh penumpang dalam bot pendatang haram yang menyeberangi Channel ke Britain pada 2021, kata sumber kehakiman.
Bot kecil itu karam di Channel pada November 2021 menyebabkan 27 imigran maut, kebanyakannya berketurunan Iraq Kurdish berumur antara tujuh dan 46 tahun.
Ia menjadi tragedi paling teruk baru-baru ini.
Beberapa sumber berkata pihak berkuasa menahan smebilan individu, termasuk beberapa anggota tentera yang bertugas sebagai pengawal pantai di utara Perancis, ketika melakukan siasatan.
Sumber berkata lima akhirnya didakwa selepas soal siasat dilakukan berjam-jam lamanya, dan ia termasuk tiga wanita dan dua lelaki yang bertugas di pusat penyelamat Channel pada masa kejadian.
Mereka didakwa kernaa gagal membantu mereka yang memerlukan dan dalam bahaya, kata sumber yang minta nama tidak didedahkan. – AFP, 26 Mei, 2023.
Komen