PERANCIS akan membicarakan 19 lelaki berhubung komplot penyeludupan manusia yang menyebabkan kematian 39 pendatang Vietnam pada 2019 di belakang sebuah lori kontena, kata sumber yang mengetahui perkara itu pada Rabu.
Perbicaraan itu adalah yang terbaru daripada beberapa di Eropah berhubung tragedi itu.
Pendatang—yang paling muda adalah dua kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun—sesak nafas di dalam kontena sejuk beku ketika mereka dalam perjalanan ke Britain.
Mayat mereka yang tidak bernyawa ditemui di dalam unit tertutup di sebuah pelabuhan berhampiran London pada Oktober 2019.
Majistret penyiasat Perancis pada Selasa mengarahkan perbicaraan ke atas 19 suspek berusia 21 hingga 58 tahun berhubung tragedi itu, kata sumber itu.
Siasatan transnasional menunjukkan suspek—berasal dari Vietnam, Perancis, Cina, Algeria dan Maghribi—menjadi sebahagian daripada rangkaian besar penyeludupan orang dari Vietnam ke Eropah, katanya.
Mereka dituduh mengatur pengangkutan pendatang dan memandu teksi atau memiliki rumah pangsa untuk menyembunyikan mereka di wilayah Paris, tambahnya.
Menurut panggilan telefon yang dirakam, lelaki ini merujuk mangsa sebagai “barang dagangan” atau pun “ayam”.
Mereka semua akan dibicarakan kerana membenarkan kemasukan dan tinggal secara haram pendatang di wilayah Perancis dan bergabung dengan tujuan melakukan jenayah, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, kata sumber itu.
Empat juga akan diadili atas kesalahan membunuh kerana gagal memastikan kewajipan jagaan semasa operasi penyeludupan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara tiga tahun.
Siasatan rentas sempadan mendedahkan pendatang dimuatkan ke dalam trak di utara Perancis, sebelum dibawa ke pelabuhan Zeebrugge di Belgium untuk menyeberangi Selat.
Tragedi itu mendedahkan situasi bahaya luar biasa dihadapi pendatang yang sanggup mengambil risiko untuk sampai ke Britain, dengan beberapa daripadanya membayar sehingga $40,000 kepada penyeludup bagi perjalanan berbahaya itu.
Ujian bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dan terlalu panas, dan seorang mangsa menghantar mesej teks kepada keluarganya di Vietnam ketika terbaring nazak di dalam trak.
Kebanyakan mangsa datang kawan miskin dan terpencil di tengah Vietnam, tempat tumpuan orang ramai yang sanggup memulakan perjalanan berbahaya dengan harapan memperoleh masa depan lebih baik di luar negara.
Ramai yang diseludup secara haram melalui Rusia atau China, sering berhutang jumlah wang yang besar kepada sindiket dan akhirnya bekerja di ladang ganja atau di salun.
Tiada tarikh ditetapkan untuk perbicaraan Perancis, selepas beberapa sabitan di negara lain.
Mahkamah Belgium tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada seorang lelaki Vietnam selepas disabitkan kesalahan sebagai dalang operasi pemerdagangan manusia.
Seorang hakim Britain pada 2021 mensabitkan dua lelaki berhubung 39 pertuduhan membunuh tanpa niat berkaitan tragedi lori itu, menjatuhkan hukuman penjara selama 27 hingga 20 tahun.
Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 18 tahun kepada dua pemandu lori. – AFP, 25 Mei, 2023.
Komen