Presiden Raisi seru usaha perluas kerjasama Iran-Asean


Presiden Iran Ebrahim Raisi menggesa kerjasama dua hala antara negaranya dengan Asean diperluaskan. – Gambar AFP, 25 Mei, 2023.

PRESIDEN Iran Ebrahim Raisi berkata Iran dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) harus serius mengejar objektif yang ditetapkan bagi memperluas kerjasama dua hala.

Raisi membuat kenyataan itu di Jakarta pada Rabu ketika pertemuan dengan Setiausaha Agung Asean Kao Kim Horn.

Semasa mesyuarat itu, Kao menekankan kepentingan peranan dan kedudukan Iran di rantau ini dan menawarkan cadangan agar Asean meningkatkan interaksi dengan Tehran.

Presiden Raisi berlepas dari Tehran ke Jakarta lewat Isnin bagi mengadakan lawatan rasmi yang disifatkannya sebagai titik perubahan dalam pembangunan hubungan antara kedua-dua negara Islam.

Pada Selasa, kedua-dua pihak menandatangani 11 dokumen kerjasama dan memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan interaksi ekonomi dan politik dalam pelbagai bidang. – Bernama, 25 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen