Noraini Ahmad dilantik anggotai PAC


Ravin Palanisamy

Noraini Ahmad Noraini adalah penting kerana beliau pernah mengetuai PAC antara April 2019 dan Mac. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2023. 2020.

AHLI Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bekas menteri pengajian tinggi itu antara 12 yang lain dinamakan dalam jawatankuasa itu oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka kerana ini adalah tanggungjawab yang besar, jadi tolong bantu mereka,” katanya di Parlimen hari ini.

Antara yang lain ialah bekas timbalan menteri Sim Tze Tzin (Bagan Baru-PH) dan Ali Biju (Saratok-PN).

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin mengalu-alukan semua pelantikan baharu.

“Kesemua 12 orang itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk perubatan, undang-undang, kejuruteraan dan akademik,” katanya.

Mas Ermieyati berkata pelantikan Noraini adalah penting kerana beliau pernah mengetuai PAC antara April 2019 dan Mac 2020.

“Pengalaman ahli PAC, termasuk saya sendiri, yang pernah berkhidmat sebagai sebahagian daripada pentadbiran sudah pasti akan melonjakkan PAC serta menjadikannya lebih dihormati dan memastikan setiap laporan yang dibentangkan memberi impak,” katanya.

Beliau berkata peranan PAC sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan, khususnya dalam dasar kewangan, pemerolehan dan tadbir urus, akan dipertingkatkan melalui pelantikan itu.

Pada April, Mas Ermieyati dan Wong Shu Qi (Kluang-PH) dilantik sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi PAC.

Selain pengerusi dan timbalan, PAC dwipartisan mesti terdiri daripada tidak kurang enam dan tidak lebih daripada 12 ahli Parlimen.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah jawatan dua teratas dalam PAC - sering dianggap sebagai jawatankuasa paling berkuasa di Parlimen - kedua-duanya adalah wanita. – 24 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen